Pages

Sunday, February 27, 2011

Hadis Palsu

Sebar Hadis Palsu Ibarat Pendustaan Terhadap Nabi - KP Jakim

Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.

Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).

Othman berkata, tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.

 http://mstar.com.my/



Thursday, February 24, 2011

Keutamaan Surah Al Ikhlas (112)

سُوۡرَةُ الإخلاص
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (
٤)

Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4) 

<b>Surah al Ikhlas « Doa dan Zikir</b>
Antara Beberapa Fadhilat Surah al-Ikhlas

Barangsiapa membaca surah ini 100 kali sebelum tidur, Allah SWT akan menghapuskan dosanya untuk 40 tahun.

Barang siapa membaca surah ini dalam shalat wajib, Allah SWT akan memberi kebaikan kepadanya di dunia dan akhirat, dan akan mengampuninya, kedua ibu bapa dan anak-anaknya.

Shalat

Hadis Rasulullah saw;

"Whoever recites surah al Ikhlas once has, in fact, recited one third of the Quran, so whoso recites it 3 times has, in fact, recited the whole Quran."



Sunday, February 20, 2011

Seragam, selaras hukum ibadat haji




Abi Musa (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji Kementerian Agama Negara Brunei Darussalam, Abdullah Muhammad selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-27 
di Georgetown, semalam.

GEORGETOWN: 2011/02/20
Penyeragaman dan penyelarasan hukum berkaitan ibadat haji amat perlu supaya tidak timbul keraguan kepada bakal jemaah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail.

Katanya, perkara lain yang penting ialah keperluan menapis serta mengesahkan sumber hukum berhubung pelaksanaan ibadat berkenaan.

“Pelaksanaan ibadat ini dengan ketiadaan ilmu akan menghalang jemaah daripada memperoleh haji mabrur,” katanya pada majlis perasmian muzakarah berkenaan oleh Pengerusi, TH Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamad Nor mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
bharian.com.my

Saturday, February 19, 2011

Hikmah wuquf di Arafah



WUQUF di Arafah adalah antara simbol menunjukkan perpaduan dan kesatuan umat Islam
walaupun berlainan warna kulit dan bangsa.


PARA fuqaha bersepakat ibadah wukuf di Padang Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (subuh) pada hari kesepuluhnya.

Ia tidak sah jika diganti oleh orang lain. Sesiapa yang sempat berwuquf pada waktu tersebut, dia memperolehi ibadat haji, manakala yang tidak sempat berwuquf dia pasti tidak akan mendapat haji tersebut.

Justeru, ibadat wuquf merupakan tiang asas kepada haji dan nadinya.

Seterusnya: - http://www.utusan.com.my/


Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah. Muzakarah menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, Muzakarah berpandangan bahawa dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.

Pelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti  berikut:-


Visitors Map

Visitors Map

Total Pageviews

Star


c