KELANA JAYA: Setiap jemaah haji boleh membawa muatan sebanyak 20 kilogram (kg) untuk perjalanan pergi ke Tanah Suci, manakala untuk perjalanan balik mereka dibenarkan membawa 30kg barangan termasuk lima kg air zam-zam.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan penjualan air zamzam di negara ini adalah dibenarkan, selagi ia tidak mencemarkan kesucian air berkenaan.
“Sekiranya penjual mencampurkan air zamzam tersebut dengan air biasa maka ia bukan lagi air zamzam dan mereka perlu memaklumkan perkara itu kepada pengguna,”.