Pages

Friday, September 9, 2011

Kad Debit-i Visa untuk jemaah haji

KUALA LUMPUR - Semua bakal haji Malaysia tahun ini bakal menerima Kad Debit-i Visa Bank Islam secara percuma bagi memberikan kemudahan jemaah menunaikan Rukun Islam kelima.

Selain sumbangan kad debit tersebut, Bank Islam turut memberikan 40,000 unit buku wirid terpilih dan lanyard kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk diagihkan kepada jemaah haji.


www.kosmo.com.my


Saturday, March 5, 2011

Tiga jemaah umrah Malaysia maut

Bas dinaiki rempuh bahagian belakang lori di kilometer 180, Jeddah-Madinah

KUALA LUMPUR: 2011/03/05

Tiga jemaah umrah Malaysia maut selepas bas yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori di kilometer 180, Jeddah-Madinah, berhampiran Adyar, kira-kira jam 8 pagi kelmarin (1 petang waktu tempatan).

Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai pasangan adik beradik, Hasni Arsid, 60 dan kakaknya Maired, 66, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah serta Mohamad Timbang, 59, dari Lawas.
Lebih menyedihkan, Hasni dan Mohamad Timbang dilaporkan terbunuh di hadapan anak, suami dan isteri masing-masing yang turut menyertai rombongan umrah itu.

bharian.com.my


Friday, March 4, 2011

Menara Jam Diraja Mekah tertinggi di dunia


PADA malam itu, mata seluruh umat Islam yang berada di kota suci Mekah terutamanya di sekitar Masjidil Haram, tertumpu pada jam gergasi yang sayup berada di puncak Menara Hotel Jam Diraja Mekah di Kompleks Abraj Al Bait. Mereka menjadi sebahagian saksi sejarah apabila jam yang berukuran diameter 43 meter itu buat pertama kali secara rasmi mula berdetik tepat tengah malam 1 Ramadan 1431 Hijrah.

“Jam kota suci Mekah mula berdetik dengan titah dari Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, satu minit selepas pukul 12 tengah malam ini, iaitu hari pertama bermulanya bulan yang suci iaitu bulan Ramadan,” lapor Agensi Berita Saudi, SPA.

Utusan online

Sunday, February 27, 2011

Hadis Palsu

Sebar Hadis Palsu Ibarat Pendustaan Terhadap Nabi - KP Jakim

Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.

Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).

Othman berkata, tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.

 http://mstar.com.my/



Thursday, February 24, 2011

Keutamaan Surah Al Ikhlas (112)

سُوۡرَةُ الإخلاص
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (
٤)

Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4) 

<b>Surah al Ikhlas « Doa dan Zikir</b>
Antara Beberapa Fadhilat Surah al-Ikhlas

Barangsiapa membaca surah ini 100 kali sebelum tidur, Allah SWT akan menghapuskan dosanya untuk 40 tahun.

Barang siapa membaca surah ini dalam shalat wajib, Allah SWT akan memberi kebaikan kepadanya di dunia dan akhirat, dan akan mengampuninya, kedua ibu bapa dan anak-anaknya.

Shalat

Hadis Rasulullah saw;

"Whoever recites surah al Ikhlas once has, in fact, recited one third of the Quran, so whoso recites it 3 times has, in fact, recited the whole Quran."



Visitors Map

Visitors Map

Total Pageviews

Star


c