Pages

Saturday, October 6, 2012

Penulisan Surat Wasiat


hursday, July 05, 2012

Contoh Surat Wasiat & Pesanan terakhir seorang Muslim

Persetujuan waris cara terbaik mengangkat, memuliakan wasiat

Contoh Surat Wasiat AmanahRaya.
Kefahaman wasiat dan pusaka bantu perancangan pelan kewangan serta pewarisan lebih sempurna

Rukun dan syarat wasiat

# Pewasiat (Al-Musi)
Pemilik sah harta yang sempurna pada masa kematian, siuman, berakal, berwasiat secara sukarela dan merdeka.

# Penerima wasiat (Al-Musho Lahu)
Penerima wasiat adalah umum; individu, badan kebajikan. Penerima hendaklah diketahui dengan jelas kecuali untuk perkara kebajikan, berkeahlian dan boleh menerima harta, bukan ahli waris menurut pendapat jumhur fuqaha’.

# Harta yang diwasiatkan (Al-Musho Bihi)
Harta terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih, halal dimanfaatkan, boleh dipindah milik, boleh dimiliki dan milik pewasiat, harta bernilai menurut hukum syarak, harta itu tidak dihabiskan oleh hutang dan kadar harta tidak melebihi harta pewasiat.

# Lafaz wasiat (Sighah)
Berlaku proses transaksi lafaz wasiat, ijab dan kabul, niat oleh pewasiat dan diterima oleh penerima wasiat. Persetujuan ini hendaklah diambil kira selepas kematian pewasiat tanpa mengira sama ada penerima wasiat sudah bersetuju atau menolak wasiat ini sebelum kematian pewasiat.

# Ijab
Boleh dibuat melalui perkataan, tulisan atau isyarat membawa maksud wasiat dan hendaklah berterusan sehingga pewasiat meninggal dunia.

# Qabul
Boleh dibuat selepas kematian sama ada secara jelas; percakapan atau dilalah melalui perbuatan atau diam. Penolakan wasiat juga hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat. Qabul dan penolakan wasiat tidak disyaratkan segera. Hak qabul dan menolak wasiat berpindah kepada ahli waris jika penerima wasiat mati sebelum berbuat demikian.

www.bharian.com.my









Diperturunkan contoh wasiat untuk kegunaan kalian semua.

Pesanan dari ku :

1.
2.
3. [ isikan dengan pesanan pewasiat]
4.
5.

*Nota : Wasiat hanya sah setakat 1/3 nilai keseluruhan harta simati. Penerima wasiat bukanlah seorang yang berhak kepada harta simati melalui faraid. Sebutkan nama pelaksana wasiat dengan khusus. Segala hutang simati mestilah dibayar sebelum 1/3 nilai keseluruhan harta diperolehi.

superstage.blogspot.com



salam,

pendapat saya, wasiat dan faraid adalah berbeza....

Sebagai contoh, sekiranya Si A ni mempunyai aset berjumlah RM1 juta. Si A yg
masih hidup telah mewasiatkan dimana RM 600k akan diserahkan kepada
isterinya dan RM 50k kepada anak lelakinya dan RM 100k kepada nak
perempuannya setelah kematian si A.
ini bermakna wasiat adalah pembahagian harta yg ditentukan si A semasa dia
masih lagi hidup.

Faraid pula bererti harta yg ditinggalkan si A setelah kematiannya tanpa
diwasiatkan kepada sesiapa.
Sebagi contoh: Baki aset Si A selepas diwasiatkan adalah RM 250k.
maka baki aset nilah yg perlu dibahagikan mengikut faraid.
Isteri : 1/8 dari RM250k = RM 31,250.00

baki : RM 250k - RM 31,250.00 = RM 218,750.00

Anak lelaki : 2/3 dari RM 218,750.00 = RM 145,833.00
Anak perempuan : 1/3 dari RM 218,750.00 = RM 72,916.00

harap dapat membantu.
www.mail-archive.com



Apa Guna Menulis Wasiat Kalau Waris Menentangnya?

Bagi menguatkan wasiat supaya ia dipatuhi oleh pewaris, maka pewasiat hendaklah menulis wasiat dengan sebaik mungkin. Bagi orang Islam, penulisan wasiat hendaklah diselitkan dengan unsur-unsur keislaman dan keimanan. Contohnya adalah seperti berikut:

>> Masukkan "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" pada mukadimah wasiat,

>>Sebagai orang Islam, kita hendaklah percaya kepada kehidupan selepas mati, dan insaflah kita sebagai mahluk Allah,

>>Harta dunia adalah pinjaman sahaja, harta dunia adalah hak Allah; jadi janganlah kita tamak dan sombong...

>>Hanya amalan dan ilmu semasa hidup di dunia, sedekah, doa anak yang soleh yang membantu kita selepas mati, bukannya harta berkoyan-koyan...

>> Patuhilah kepada ajaran Islam dan berpeganglah kita kepada al-Quran dan hadis...

>>Mohon waris-waris menghormati wasiat ini, janganlah berbalah-balah dan berebut-rebut harta semasa di dunia ini, akhirnya harta ditinggalkan juga....

>>Mohon waris-waris melepaskan hak-hak mereka dan mematuhi wasiat ini....

>>Semoga hidup kita diberkati Allah kerana tiada permusuhan di kalangan waris, semoga kita mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat....

>>Berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, dan jauhlah daripada seksaan api neraka...

Kita percaya dengan memasukkan kesedaran mengenai Islam dan keamanan, InsyaAllah pewaris akan mematuhi wasiat.
www.as-salihin.biz




Khasiat Minyak Zaitun Palestine

Friday, October 5, 2012

Musim Haji 1433H

Haji: Arab Saudi larang perhimpunan bermotifkan politik

French rapper stuns fans, makes first TV appearance wearing hijab

Melanie Georgiades atau yang dikenal dengan nama panggung Diam's, muncul dalam sebuah wawancara di stasiun televisi TF1 dengan penampilan yang berubah total. Mengenakan jilbab lebar, Diam's mengumumkan perpindahan agamanya ke Islam dan menjelaskan ke mana saja dia selama ini. Perempuan kelahiran tahun 1980 silam tersebut menegaskan bahwa keputusannya masuk Islam adalah keputusan pribadi yang diambil karena mempelajari Islam dan membaca Al-Qur’an.

Thursday, October 4, 2012

Hajj




Abdullah Ibn Fazl says: " I said to Imam Sadiq (A.S.) that I have too many debts, I have a big family and I can't afford the Hajj costs. Teach me a prayer. Imam stated: Say after each obligatory prayer: "May the blessings of Allah be upon Muhammad (S.A.W.) and his progeny, and pay my debts in this world and the hereafter."

I said to him, " I know what the worldly debts are but what are the debts of the hereafter? "
He said: "Hajj". The prophet of God (S.A.W.) looked at the strings of camels taking Hajis to the pilgrimage of God's House and said: They don't take steps unless it is taken as a good deed, they don't take steps unless it vanishes a sin of them. And when they finish their ceremony of Hajj, they will be told: "You have made a building, don't destroy it. Your sins are forgiven. From now on, do good deeds. "


Tuesday, October 2, 2012

Doa Untuk Sakit Mata - Mata Rabun

Orang yang menghidap kencing manis yang terlalu tinggi menghadapi risiko mata menjadi rabun atau buta.

Baca ayat dari surah Qaf ayat #22 pada 21 baby carrot dan jadikan minuman.








Insya Allah, akan sembuh.



Pengubatan Islam untuk Rabun Mata


http://doaassyifa.blogspot.com/


Doa Ketika dilanda Masalah Kesedihan, Kedukaan, dan Tertimpa Musibah

                         Photo: http://img.blogcu.com/uploads/sevildikce_dua.jpg

34- DOA PENAWAR HATI YANG DUKA

120- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

120. “Ya Allah! Sesungguhnya aku ada-lah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Eng-kau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khusus-kan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

Sumber: oleholehhaji.net



Monday, October 1, 2012

Doa Haji dan Hajat di bulan Ramadhan




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, dengan-Mu dan dari-Mu aku mengharap hajatku. Jika orang mengharap hajatnya pada manusia, aku tidak mengharap hajatku kecuali kepada-Mu, Engkau Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Mu.

Aku bermohon pada-Mu dengan karunia dan ridha-Mu, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan Ahlul baitnya, anugerahkan padaku tahun ini haji ke rumah-Mu yang mulia, haji yang mabrur dan terima, suci dan tulus karena-Mu, yang membahagiakan hatiku, yang mengangkat derajatku, yang memelihara pandanganku dan menjaga kemaluanku, yang memeliharaku dari seluruh larangan-Mu. Sehingga tak ada sesuatu pun yang menghalangiku untuk taat dan takut kepada-Mu, beramal dengan apa yang Kau cintai, dan meninggalkan apa yang tidak Kau sukai dan Kau larang.

Karuniakan semua itu kepadaku dalam kemudahan dan keselamatan, dan sebagai nikmat yang Kau berikan padaku. Aku bermohon pada-Mu, jadikan kematianku kematian di jalan-Mu di bawah panji Nabi-Mu bersama para kekasih-Mu. Aku bermohon pada-Mu, karuniakan padaku kekuatan untuk memerangi musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh Rasul-Mu.

Aku bermohon pada-Mu, muliakan aku dengan kehinaan orang yang Kau kehendaki dari makhluk-Mu, dan jangan hinakan aku dengan kemuliaan para kekasih-Mu. Ya Allah, bimbinglah aku agar selalu berada di jalan bersama Rasulullah, cukuplah bagiku Allah sebagai penolongku sesuai dengan apa yang Allah dikehendaki. (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)

Teks arab dan transliterasi Arab-Latin doa ini ada di File Doa2 Bakdah Shalat Fardhu di bulan Ramadhan, download di sini: http://www.tokoku99.com/product-islami/e-book.html

Doa2 yang lain, kunjungi:
http://www.alfusalam.web.id/

Sumber: oleh Syamsuri Rifai

Bagaimana waris terhalang terima pusaka


Soalan

ADAKAH benar seorang cucu yang kematian bapanya tidak berhak mendapat harta pusaka datuknya atas alasan bapanya meninggal dunia terlebih dahulu sebelum datuknya meninggal.


Untuk makluman Dr, arwah bapa mempunyai 10 orang adik-beradik.

Jawapan

HARTA pusaka datuk tidak dapat diwarisi oleh cucu disebabkan kematian bapa sebelum datuknya meninggal dunia kerana masih ada waris-waris yang lebih berhak menerima iaitu anak-anak datuk yang masih hidup.

Maka dengan itu, cucu datuk itu dikenali sebagai waris terhalang. Mereka tidak dapat mempusakai harta kerana sebab-sebab tertentu seperti di atas.

Bagaimanapun, terdapat peruntukan yang membenarkan seorang cucu menerima pusaka datuk walaupun ayahnya sudah meninggal sebelum datuknya.

Ia disebut sebagai wasiat wajibah dan hanya diberi kepada cucu-cucu saja. Kadar wasiat ialah tidak melebihi 1/3 mengikut kadar wasiat. Apabila ia berkurangan, seorang cucu boleh mendapat bahagian yang diperuntukkan untuk anak lelaki.

Dengan adanya peruntukan itu seorang cucu boleh mendapat bahagiannya. (Lihat artikel, “Wasiat Wajibah - Membantu waris terhalang,  ”(http://www.utusan.com.my/)

http://www.hmetro.com.my/

Pusaka Kecil - Am



Sunday, September 30, 2012

Doa Nudba, Medina, Hajj 1427, December 2006 (Part 2)

دعاء الندبة




Doa Hajj حَجَّ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ


In the Name of Allah; the All-beneficent, the All-merciful.

In the name of Allah the Beneficent, the Merciful. O Allah, from and through Thee I seek fulfillment of my needs and wants, and (like) him who turns to others for satisfaction of (his) desire, I do not make a request to any one but to Thee alone, (who) has no associate. I beseech Thee in the name of Thy kindness and indulgence to send blessings on Muhammad and on his children and, in this month, arrange for me the means that enable me to visit Thy Holy House to perform the "Hajj", in right frame of mind, accepted, pure, sincere, (so that) I am consoled by its pleasant sight, and my rank is raised. Keep me alive in a manner that I close my eyes and turn them aside (from ugliness), that I watch over my boundaries of action, that I desist from all that which Thou has prohibited, till nothing comes in my way unto Thy obedience, and my fearfulness of Thy punishment, and the lovable actions, and keeping aloof from the despicable deeds which Thou has forbidden (all that Thou has done for ease, happiness and welfare) and that bounties which Thou has bestowed upon me. I make a request to Thee to let me die striving in Thy way, adhering to the ideals of Thy Prophet and Thy dearest representatives. I make a request to Thee to let me live opposing and putting an end on Thy enemies and the enemies of Thy Messenger. I make a request to Thee to give me the honour of condemning those who harbour such hostility from among Thy creation, but never touching any one of Thy friends. O Allah keep me on the way of the Messenger. Allah is sufficient for me and enough is that which Allah wants

Source: http://www.duas.org/rameverysalaat.htm#Dua_Hajj_

>hr>

Wasiat Wajibah - Membantu waris terhalang

ISKANDAR dan Noraziah (bukan nama sebenar ) mempunyai tiga anak lelaki. Mereka hidup dalam keadaan yang agak sederhana.

Ayah kepada Iskandar, Datuk Abdul Rahim (bukan nama sebenar) pula adalah seorang hartawan yang mempunyai banyak harta, baik dalam negara mahupun di luar negara.

Malang tidak berbau, dan ajal pula tidak mengenal masa, dengan tidak disangka-sangka Iskandar terlibat dalam satu kemalangan lalu meninggal dunia, maka tinggallah Noraziah dan anak-anaknya.

Harta pusaka yang ditinggalkan Iskandar pula tidaklah banyak kerana beliau belum pun menjangkau umur 30 tahun.

Selang setahun selepas kematian Iskandar, Datuk Abdul Rahim pula meninggal dunia.

Harta pusaka beliau bernilai lebih kurang RM 10 juta. Datuk Abdul Rahim meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan tiga anak perempuan tidak termasuk Iskandar.

Isu ini kalau diperhatikan, sekiranya Iskandar masih hidup sebelum kematian Datuk Abdul Rahim, maka sudah tentu Iskandar akan dapat mewarisi harta Datuk Abdul Rahim mengikut sistem pembahagian faraid.

Namun demikian oleh kerana Iskandar telah pun meninggal dunia sebelum Datuk Abdul Rahim, dan anak-anak Iskandar terhalang daripada mendapat harta pusaka Datuk Abdul Rahim kerana Datuk Abdul Rahim meninggalkan anak-anak lelaki sebagai waris yang menjadi pendinding.

Sebelum kedatangan Islam, antara kaedah cara pembahagian harta pusaka ialah kepada kaum lelaki dewasa yang pergi berperang sahaja.

Justeru, anak-anak yang belum dewasa dan kaum wanita dihalang daripada mempusakai harta warisnya, kerana mereka tidak dapat melindungi dan memelihara kabilah atau keluarga mereka daripada ancaman musuh.

Islam datang memberikan hak mempusaka harta daripada kalangan lelaki dan wanita, tidak kira muda atau dewasa mengikut kadar yang ditentukan.

Secara asasnya yang perlu diketahui ialah ibu dan bapa berhak 1/6 seorang, isteri 1/8, nisbah anak lelaki dua bahagian daripada anak perempuan, seorang anak perempuan 1/2 sahaja daripada harta peninggalan, dua atau lebih anak perempuan hanya mendapat 2/3 sahaja.

Namun demikian, pengiraan ini hanyalah asas sahaja dan pengiraannya berlainan kalau tidak ada anak lelaki dan bapanya pula sudah meninggal dunia.

Perlu dijelaskan di sini, ialah pihak lelaki bertanggungjawab dari segi nafkah kepada kaum keluarga yang terdiri daripada isteri dan anak-anak, di samping memberi bantuan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, itulah antara hikmah diberikan nisbah dua bahagian

daripada wanita kerana wanita tidak dibebankan dengan sesuatu apa jua tanggungjawab seperti yang dinyatakan di atas.

HUKUM FARAID
Sumber hukum ilmu faraid terdapat di dalam beberapa ayat daripada surah an-Nisa. Ayat-ayat tersebut menerangkan secara terperinci mengenai cara membahagikan harta pusaka.

Sekiranya dikaji di dalam syariat Islam, tidak dijumpai hukum-hakam yang dihuraikan oleh al-Quran secara jelas dan terperinci, sebagaimana hukum pewarisan ini. Begitulah tingginya hukum ini sehingga ia diterangkan secara khusus, terang dan jelas.

Sebab-sebab turunnya ayat mawaris (ayat 11, 12 dan 176 daripada surah an Nisa), ialah sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadis bahawa isteri kepada Saad bin ar Rabi'e telah mengadu kepada Rasulullah bahawa suaminya telah meninggal dunia dalam peperangan Uhud, suaminya pula meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan dan seorang saudara lelaki, saudara Saad telah mengambil kesemua harta yang ditinggalkan oleh Saad, lalu baginda s.a.w. menyatakan bahawa Allah s.w.t. akan menghukumkan perkara tersebut.

Tidak lama selepas itu turunlah ayat-ayat mawaris. Lalu Rasulullah memutuskan bahawa isteri Saad berhak mendapat 1/8 harta, anak perempuannya mendapat 2/3 dan saudara lelakinya mendapat baki daripada harta yang ditinggalkan itu.

WARIS-WARIS TERHALANG
Yang dimaksudkan dengan waris terhalang di sini, ialah mereka yang tidak dapat mempusakai harta kerana sebab-sebab tertentu.

Skop perbincangan waris terhalang adalah amat luas. Antaranya jika seseorang membunuh bapanya, maka anaknya tidak boleh menerima harta pusaka bapanya. Begitulah juga sekiranya salah satu pihak telah murtad (terkeluar daripada Islam) ataupun salah satu pihak masih belum Islam dan sebagainya.

Jika diperhatikan di dalam kes yang dipaparkan di atas, cucu Datuk Abdul Rahim terhalang daripada mempusakai hartanya kerana terdapat saudara bapanya ( saudara lelaki kandung Iskandar ) yang masih hidup.

Secara ringkasnya sifat-sifat waris terhalang ini kerana adanya waris yang paling berhak, sebagaimana yang dibincangkan di atas.

Namun begitu, di negara-negara Islam seperti Mesir, Syria, Pakistan dan lain-lain negara Islam lain, memberikan peruntukan satu undang-undang mengenai pemberian harta pusaka kepada waris terhalang ini.

Peruntukan tersebut hanya kepada cucu sahaja, walaupun terhalang sebagaimana yang diterangkan di atas, dan ia dinamakan sebagai Wasiat Wajibah.

Justeru, cucu-cucu yang terhalang daripada pusaka datuknya, sekarang bolehlah membuat tuntutan kerana haknya telah pun termaktub di dalam undang-undang Islam, khususnya di Malaysia.

Di Malaysia, Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor telah memperuntukkan Wasiat Wajibah ini.

PEMBAHAGIAN WAJIB KEPADA WARIS TERHALANG
Di Malaysia, Wasiat Wajibah terdapat dalam peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor ) 1999 yang menyatakan bahawa sekiranya seseorang datuk mati tanpa membuat sebarang wasiat kepada cucu daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya berhak terhadap satu pertiga hartanya.

Sekiranya cucunya tersebut diberi dengan kadar yang kurang daripada satu pertiga pula, maka haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar Wasiat Wajibah yang diperuntukkan.

Kadar yang di tetapkan untuk cucu ialah tidak lebih daripada 1/3 harta, sebagaimana wasiat kepada bukan waris.

Walau bagaimanapun jika hak pembahagian pusaka kepada anak lelaki (yang meninggal) adalah kurang dari 1/3, maka hak cucu hanyalah terhad kepada bahagian tersebut.

Wasiat Wajibah, walaupun tidak dijelaskan di dalam al-Quran ataupun hadis, namun ia diharuskan berdasarkan kepada kepentingan ahli waris seperti cucu yang ditinggalkan.

Di samping itu lagi para ulama mentafsirkan ayat 180 surah al-Baqarah adalah menjelaskan kewajipan meninggalkan wasiat kepada kaum kerabat yang tidak berhak menerima pusaka. Manakala ayat 11, 12 dan ayat 176 surah an-Nisa pula menerangkan secara terperinci ahli waris yang menerima pusaka.

Ia mengambil konsep keadilan yang terdapat dalam sistem wasiyyah yang memang pada asasnya bertujuan membawa kebaikan kepada mereka yang memerlukannya.

PERBEZAAN WAJIBAH DENGAN WASIAT BIASA
Wasiat Wajibah ialah suatu wasiat wajib yang diberikan kepada waris yang terhalang daripada mempusakai harta atas sebab-sebab tertentu, ia amat berbeza daripada wasiat yang ditakrifkan dalam bab wasiat.

Ia juga tidak perlu kepada lafaz ijab

(pemberian) daripada pewasiat dan juga lafaz qabul (penerimaan) daripada penerima wasiat. Ia boleh diibaratkan berlaku secara automatik setelah diberikan peruntukan oleh undang-undang.

Oleh yang demikian, seperti kes di atas konsep Wasiat Wajibah boleh dipakai.

Matlamat utama perancangan harta pusaka ialah untuk menentukan supaya ia ditadbirkan secara professional dan diagihkan mengikut hukum faraid dalam tempoh secepat mungkin selepas kematian, di samping mengelakkan persengketaan keluarga.

Setelah memperhatikan kes yang berlaku sebagaimana di atas, sebagai penyelesaian konflik yang dinyatakan di atas ialah sekiranya Datuk Abdul Rahim menyedari cucunya akan terhalang daripada mempusakai hartanya setelah ketiadaan beliau kerana mempunyai anak lelaki.

Sepatutnya beliau merancang untuk membuat satu dokumen perancangan pusaka, iaitu dengan menulis Surat Wasiyyah (wasiat iqrar pemberian selepas mati ), hibah dan sebagainya.

Justeru, sudah tentu tiada pertikaian ataupun kezaliman yang berlaku dan nasib cucunya akan terbela.

Namun demikian, adalah dicadangkan supaya Surat Wisoyah (wasiat pentadbiran pusaka) juga dibuat agar wasi ( pemegang amanah) dilantik untuk melaksanakan Surat Wasiyyah yang telah dibuat untuk waris terhalang selepas kematian.

Harta manusia walau sebanyak mana dikumpulkan, sudah pastinya akan ditinggalkan kelak. Kubur pula merupakan tempat persinggahan untuk menuju ke alam akhirat.

Sebelum nyawa kita diambil oleh Allah s.w.t., seharusnya kita membuat penyelesaian harta agar kita mendapat ketenangan kerana tiada perbalahan di kalangan ahli waris yang ditinggalkan, seterusnya hak-hak mereka terbela.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan permasalahan, sila hubungi syarikat ZAR Perunding Pusaka Sdn. Bhd. 49-1, Wisma Aziz Hassan, Jalan 2/27F, Seksyen 5, Pusat Bandar Wangsa Maju ( KLSC ) 53300 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03 4149 1115. Faks 03 4142 4962 (Ustaz Mohd Asri Ghazali).

Sumber: http://www.utusan.com.my/


Visitors Map

Visitors Map

Total Pageviews

Star


c