Tuesday, February 15, 2011

(Kalau) Mubarak Jatuh dan Raja Abdullah Saudi Tiada


Putera Mahkota Arab Saudi adalah Sultan bin Abdul Aziz, beliau disifatkan sebagai seorang pemimpin yang lemah dan dijangka tidak dapat menahan diri dari terheret ke dalam perang suku.

Sistem politik di Arab Saudi adalah berasaskan kesukuan. Ini bermakna kunci kuasa digilirkan antara anggota suku yang dekat dengan pemerintah Bani Saud. Antara suku-suku yang hampir dengan istana Saud ialah al-Shammar, Sudairy, Bani Khalid, Bani Tamim, Anza, dan suku Al-Ajman. Marga-marga ini berbahagi kuasa sesama sendiri dalam pelbagai bidang antaranya keselamatan, politik, kewangan dan ketenteraan di Arab Saudi.

Suku Sudairy adalah yang paling dominan saat ini, khususnya, menguasai strukur agama (Haramain), ketenteraan, selain memegang kekuasaan dalam negeri. Suku Shammar saingannya lebih banyak mengendalikan ekonomi, kekayaan minyak Saudi sementara puak-puak yang lain didiamkan dengan kekayaan dalam pelbagai bidang niaga dan kewangan. Suku Sudairy rata-rata menganuti faham Wahabi.

Suku Sudairy, yang merupakan saingan Al Shammar, dilihat dekat denganPutera Mahkota Saudi yang sedang uzur iaitu Putera Sultan bin Abdul Aziz.

tehranifaisal.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Visitors Map

Visitors Map

Total Pageviews

Star


c